Graduan UiTM Memilih Petani Sebagai Kerjaya Dan Menjadi Jutawan

Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah memilih untuk menceburi dalam bidang pertanian walaupun beliau memegang ijazah kewangan dan ternyata ia membuahkan hasil yang lumanyan.

Azarul Ahmad Puat, yang dahulunya bekerja di firma audit merasakan bahawa pekerjaan tersebut tidak sesuai untuk dirinya. Kemudian, beliau menubuhkan RAG Land Resources bersama rakannya iaitu Muhamad Ghafari Muhamad Nasir dengan menanam rock melon dan nenas.

Menurut bapa mereka berdua, beliau dan Ghafari memulakan kerjanya sebagai petani dengan menanam timun dan petola di ladang seluas 0.4 hektar di Kampung Sungai Siput, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun 2015 dengan modal sebanyak RM15,000.

“Pada tahun 2016, kami mula menanam rock melon dan nenas. Kedua-dua buah tersebut bukanlah senang untuk ditanam tetapi ia menghasilkan pulangan yang banyak.” katanya ketika bertemu di ladangnya di Lenggong.

“Satu musim (tiga bulan) rock melon boleh menghasilkan antara RM60,000 hingga RM80,000 dan kami mempunyai 20,000 pokok rock melon. Kami juga mempunyai 210,000 pokok nenas di kawasan seluas 6.9 hektar di Lenggong dalam dua jenis, hibrid Morris dan MD2.” katanya.

Azarul menasihati graduan agar minda mereka tidak tertutup untuk meneroka bidang pertanian atau pertenakkan kerana pekerjaan ini sebenarnya sama seperti pekerjaan lain malahan ia mungkin dapat membawa keuntungan yang lebih banyak.

Walaupun bekerja sebagai petani, ilmu pengetahuan perakaunan tidak menjadi sia-sia kerana beliau masih lagi boleh mengunakan untuk perniagaan beliau.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca