GrabFood Kini Perluas Servis GrabExpress Dan GrabMart

Syarikat penghantaran makanan GrabFood kini sedang mengintai peluang bagi mengembangkan perkhidmatan seperti GrabExpress dan GrabMart kepada lebih banyak bandar.

“Ini seterusnya akan meningkatkan peluang perniagaan dan pendapatan dalam kalangan penduduk,” kata pihak pengurusan GrabFood menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Memetik laporan Astro Awani, GrabFood baru-baru ini telah menyimpulkan pusingan kedua dalam langkah pengembangannya di Malaysia di mana mereka menyediakan perkhidmatan tersebut kepada jutaan penggemar makanan merangkumi tambahan 19 bandar baharu di samping mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk rakan kongsi penghantaran serta restoran yang terlibat.

Sebelum ini, perkhidmatan tersebut cuma terdapat di kawasan terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sahaja.

Kini, pengguna di Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang, Ipoh, Taiping, Seremban, Nilai, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Bintulu, Batu Pahat, Muar, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan ditawarkan oleh GrabFood.

Menurut Ketua Negara Grab Malaysia iaitu Sean Goh, pada 2019 sahaja, syarikat itu meraih peningkatan empat kali ganda dalam jualan menerusi restoran yang menjadi rakan kongsi GrabFood.

“Melalui platform kami, restoran-restoran kecil, khususnya di kawasan luar bandar, sekarang ini boleh memajukan perniagaan mereka,” kata Sean Goh.

“Dengan pengenalan GrabFood di bandar-bandar baharu ini, kami berharap untuk membantu lebih banyak restoran di seluruh negara dan pada masa yang sama, memberikan pelanggan kami akses yang mudah kepada menu kegemaran tempatan dan antarabangsa,” tambahnya.

Untuk baca artikel yang berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

GrabFood Umum Kos Penghantaran Naik Sehingga RM9

Guna Dulu Baru Bayar Hujung Bulan, Grab Perkenalkan Sokongan PayLater Kepada Pengguna

Grab Kenakan Caj Penalti Kepada Penumpang Yang Batalkan Tempahan Bemula Hari Ini

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca