GrabExpress Kini Boleh Didapati Di Lembah Klang

GRABEXPRESS SEKARANG TERSEDIA DI LEMBAH KLANG!

KUALA LUMPUR : Atas permintaan ramai, Grab secara rasminya melancarkan perkhidmatan penghantaran yang dikenali sebagai GrabExpress ke seluruh kawasan Lembah Klang.

Sebelum ini perkhidmatan GrabExpress hanya dijalankan di kawasan terpilih iaitu Bangsar dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Matlamat pelancaran GrabExpress ini adalah untuk rangkaian perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu yang lebih pantas, mudah, selamat dan berpatutan dengan servis penghantaran.

Selain itu, GrabExpress juga terdapat di Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Ia merupakan tambahan terbaru kepada rangkaian perkhidmatan di aplikasi Grab untuk memenuhi keperluan harian pelanggan. GrabExpress juga menyediakan kemudahan penghantaran barang seperti dokumen, bungkusan dan hadiah.

Menurut Adelene Foo iaitu Ketua Serantau GrabExpress, “Grab sedang bersedia untuk membina ekosistem perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna, pedagang dan rakan niaga.”

“Sebagai sebuah syarikat berteknologi tinggi yang berpusat di dunia, kami bukan sahaja mahu membantu menangani keperluan pengguna setiap hari, tetapi kami juga ingin menyokong industri e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia.” Ujarnya.

Tawaran perlindungan insurans sehingga RM500 oleh GrabExpress untuk setiap dokumen dan bungkusan yang menggunakan servis mereka adalah antara tarikan utama servis ini. Selain itu, pengguna boleh menggunakan GrabExpress melalui aplikasi Grab.

Artikel Lain Untuk Di Baca