Grab Kenakan Caj Penalti Kepada Penumpang Yang Batalkan Tempahan Bemula Hari Ini

Beberapa minggu yang lalu, Grab Singapura telah mengetengahkan peraturan di mana mereka yang batalkan tempahan Grab akan dikenakan denda. Sekarang, tiba masa Grab Malaysia pula untuk mengenakan tindakan ini kepada para pengguna.

Perkara ini dikatakan sebagai satu pembaharuan yang sedang dilakukan oleh Grab Malaysia bagi mempertahankan nasib para pemandu. Ramai di antara mereka yang telah mengalami kerugian akibat pengguna bertidak untuk membatalkan tempahan pada saat akhir.

Pemandu-pemandu ini sering meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial mengenai tindakan segelintir penumpang yang tidak bertanggungjawab iaitu membatalkan servis e-hailing selepas tempahan dibuat. Secara tidak langsung, perkara ini telah menyebabkan pemandu perlu menampung kos perjalanan ketika menuju ke lokasi penumpang.

Bermula hari ini, penumpang yang membatalkan tempahan 5 minit setelah ia dibuat akan dikenakan caj penalti. Penalti bagi servis GrabCar, JustGrab, GrabShare dan GrabTaxi adalah sebanyak RM3. Sementara itu, bagi GrabCar 6 penumpang pula, penaltinya adalah RM4 dan penalti RM5 akan dikenakan bagi GrabCar Premium.

Pembayaran denda tersebut akan dipotong serta-merta daripada GrabPay. Bagi mereka yang menggunakan bayaran tunai pula, caj penalti berkenaan akan dikenakan pada tempahan seterusnya. Ini bermakna tiada siapa yang boleh lari daripada membayar caj penalti ini.

Peraturan ini sememangnya wajib diketengahkan sejak dahulu lagi bagi membela nasib pemandu Grab. Apa pula pendapat anda semua tentang caj penalti yang dikenakan ini?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca