Grab terus menggiatkan misinya untuk menjadi ‘jaguh aplikasi’ di Asia Tenggara. Syarikat terkemuka di rantau ini itu telah mengumumkan usahasama mereka dengan Ping An Good Doctor – pemain penjagaan kesihatan atas talian utama di China – untuk menyediakan beberapa perkhidmatan termasuk penghantaran dan pelantikan tempahan perubatan.
“Kami akan merujuk kebanyakan perkhidmatan kami di China untuk masuk ke platform Asia Tenggara yang baru,” ujar Ketua Pegawai Ping An Good Doctor, Wang Tao pada sidang akhbar.
“Kami juga akan membawa masuk perkhidmatan perubatan tradisional Cina di Asia Tenggara kerana terdapat banyak penduduk yang berasal dari China di sini (Asia Tenggara).”
Grab telah mengukuhkan cengkamannya sejak pengunduran Uber dari Asia Tenggara. Mereka telah pun masuk ke segmen penghantaran makanan dan juga runcit. Syarikat itu kini sedang memuat kandungan pihak ketiga ke aplikasi utamanya dalam usaha untuk menarik lebih banyak perhatian pengguna.
Platform baru ini akan dilancarkan di beberapa buah negara pada suku pertama 2019 dan akan menggunakan GrabPay sebagai medium pembayaran.
Sumber: Tech in Asia