Google Umumkan Nombor Telefon Dan Alamat Pengguna Boleh Dibuang Dari Hasil Carian

Melalui polisi terbaru Google ini akan membenarkan pengguna membuang informasi tambahan lain yang dipaparkan dari hasil carian yang berisiko untuk kes-kes kecurian identiti seperti info sulit log masuk.

Pengguna kini dibenarkan memohon untuk membuang nombor telefon, alamat rumah, alamat e-mel dan info log masuk dari hasil carian Google.

Polisi terbaru Google ini telah diumumkan oleh Google pada bulan yang lalu.

Google menjelaskan, apabila mereka menerima permohonan dari pengguna untuk membuang info dari hasil carian, mereka akan menilai semua kandungan dari laman sesawang bagi memastikan mereka tidak mengehadkan informasi lain yang berguna seperti di dalam artikel baharu.

Mereka juga akan menilai data dari rekod umum serta laman sesawang Kerajaan di mana Google tidak akan membuang data-data dari laman-laman tersebut.

Namun demikian, Google menyatakan, walaupun mereka membuang data-data yang dipohon pengguna dari hasil carian tersebut, tetapi itu tidak bermakna ia dibuang sepenuhnya dari dalam internet.

Ini kerana ia masih tetap ada di dalam hos pelayan sesebuah laman sesawang tersebut.

Oleh itu, untuk membuang sepenuhnya data-data peribadi mereka dari sesebuah laman sesawang, pengguna tetap perlu menghubungi terus pihak yang menguruskan hos pelayan itu sendiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca