“Google Sekarang!”, Doktor Gigi Panik Selamatkan Pesakit Nazak Gara-Gara Salah Suntik

Kecuaian seorang doktor gigi baru-baru ini telah mengakibatkan kematian seorang pesakit yang berusia belasan tahun.

Kekecohan dalam bilik pembedahan berlaku apabila beliau menjerkah jururawatnya sewaktu cubaan untuk menyelamatkan pesakit tersebut yang secara tiba-tiba mengalami kejutan anaphylactic.

Difahamkan bahawa pesakit telah dikejarkan ke hospital di Plavsk, Rusia sewaktu kejadian namun akhirnya tewas sehari selepas itu.

Ibu kandung kepada pesakit yang turut berada di tempat kejadian mendakwa terdengar jeritan doktor berkenaan yang mengarahkan jururawatnya untuk segera membuka enjin carian Google bagi menyelamatkan pesakit.

Selain daripada arahan “Google sekarang!”, wanita tersebut mendakwa terdengar bunyi tamparan pada pipi seseorang. Ibu kepada remaja tersebut bingkas menuju mendapatkan anaknya dengan membuka pintu bilik pembedahan.

Sebaik sahaja memasuki ruangan tersebut, anaknya berada dalam keadaan yang sangat pucat sambil menahan perit. Doktor gigi berkenaan dilihat terus menghubungi anggota paramedik apabila keadaan tubuh mangsa semakin merosot.

Siasatan mendapati bahawa pelaku tersilap memberi suntikan kepada remaja berkenaan. Dia yang seharusnya memberi suntikan adrenalin dilaporkan cuai kerana memasukkan cecair berbeza iaitu ammonia.

Seiring dengan permintaan keluarga mangsa, pegawai perubatan tersebut akhirnya dihukum penjara selama dua tahun namun kerjaya sebagai doktor gigi tidak dilucutkan.

Hukuman yang diterima oleh pegawai tersebut berbentuk home detention atau penjara rumah yang memerlukan banduan untuk melekatkan suatu alat rakaman sebagai pemantau bagi setiap pergerakannya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca