Google Doodle: Video Game Tema Olimpik Dan Ianya Sangat Menarik!

Google Doodle

Sukan Olimpik 2020 kini masih berlangsung di Tokyo, Jepun dan untuk meraikan budaya dan sukan Jepun pada amnya, Google mengeluarkan Doodle interaktif baru pada 23 Julai hari ini.

Google Doodle adalah perubahan logo khusus dan sementara di laman Google di mana ia untuk memperingati peristiwa penting, serta memperingati kehidupan para seniman, pelopor, dan ilmuwan terkenal.

Hasil karya seni dari rumah animasi Jepun Studio 4 ° C, permainan video ini dinamakan Doodle Champion Island Games yang sebenarnya merupakan siri permainan mini 16-bit.

Bertema acara Olimpik, anda boleh main dan menyumbang markah kepada empat pasukan dan ia akan dipaparkan oleh Google di leaderboard global.

Dalam permainan ini, anda akan bermain sebagai Lucky the Calico Ninja Cat dan menyertai sama ada kumpulan Biru, Merah, Kuning atau Hijau.

Sumber: Youtube (GoogleDoodles)

Setiap kumpulan itu diwakili oleh Ushi (seekor lembu), Karasu (seekor burung gagak), Inari (seekor rubah), atau Kappa (makhluk air).

Terdapat tujuh permainan mini yang juga merangkumi beberapa acara Olimpik seperti papan luncur, tenis meja, dan pendakian.

Bukan itu saja, dalam setiap acara ini anda akan menentang ‘Legendary Champion’ yang juga berkaitan dengan cerita rakyat serta sejarah Jepun.

Keseluruhan permainan ini sama seperti Permainan Berperanan atau Role-Playing Game (RPG) sukan miniature. 

Sumber: Google

Difahamkan, Lucky mempunyai satu misi semasa dia di Champion Island iaitu mengumpul tujuh gulungan suci. Sepanjang pengembaraannya, Lucky harus menyelesaikan cabaran tersembunyi lain.

Google menyatakan Doodle ini sebagai sebuah penghormatan kepada permainan 16-bit Jepun klasik.

Permainan ini bukan saja menyeronokkan, malah ia juga menampilkan adegan babak animasi yang indah dan pengembaraan yang mengujakan!

Anda boleh bermain permainan ini di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca