Golongan Introvert Sering Disalah Erti Sebagai Sombong Dan Anti Sosial

Introvert merupakan satu keperibadian yang dimiliki oleh seseorang. Dalam erti kata lain, introvert adalah seorang yang pendiam, pemalu dan memiliki orientasi subjektif secara mental dalam menjalani kehidupannya. Individu ini akan lebih suka berada dalam keadaan yang tenang dan menyendiri berbanding dengan seseorang ekstrovert yang suka bergaul dengan orang ramai.

Hakikatnya kehidupan mereka tidak mudah oleh kerana sifatnya yang lebih suka menghabiskan masa bersendirian daripada berinteraksi dengan orang lain. Hal ini sedikit sebanyak telah menyebabkan golongan introvert dianggap sombong dan anti sosial.

Sumber: google

Kebiasaannya, individu introvert ini tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu interaksi ketika bersama individu lain disebabkan oleh rasa kurang selesa. Malahan ada juga turut berasa cepat gemuruh dan kurang keyakinan diri untuk bersembang.

Sumber: freepik

Bahkan seseorang introvert ini juga tidak suka bergaul kerana mereka lebih suka bersendirian. Kebanyakkan mereka lebih suka menghabiskan masa dengan duduk di rumah dan melakukan aktiviti yang mereka gemari. Hal ini disebabkan oleh sifat mereka yang pendiam dan pemalu untuk bersosial dengan yang lain.

Mereka juga biasanya tidak mempunyai ramai kawan dan mungkin hanya sebilangan kecil sahaja. Ini kerana mereka akan lebih memilih untuk bergaul dengan orang-orang yang terdekat atau yang rapat dengannya sahaja untuk mereka berasa lebih selesa dan tenang.

Sumber: robinmarkphilips

Si introvert ini kebiasaanya adalah seorang pendengar yang baik kerana mereka cenderung untuk menjadi seorang pemerhati dan pendengar. Hal ini kerana mereka akan lebih memilih untuk diam dan hanya mendengar sahaja percakapan orang lain tanpa memotong percakapan mereka.

Oleh itu, jauhilah prasangka dan prejudis tentang seseorang yang bersifat introvert kerana setiap manusia mempunyai pendekatan yang berbeza-beza.

Penulis:

  • Nur Izyan Syazwani Binti Mohd Ruzian adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca