Golongan Gelandangan Diberi Keutamaan, Kerajaan Jangka 80% Warga KL Divaksin Menjelang Oktober

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyasarkan sebanyak 80% daripada penduduk di Wilayah Kuala Lumpur untuk menerima suntikan vaksin menjelang Oktober tahun ini.

Beliau menyatakan tiga trak vaksin akan digerakkan di bawah program [email protected] ke lebih 60 kejiranan, terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR), untuk mencapai target.

Klinik-klinik swasta juga akan bekerjasama dengan menambah tujuh lagi trak vaksin ini untuk membantu proses.

“Kami berharap dapat memvaksinasi 4,000 hingga 5,000 orang setiap hari setelah dilancarkan sepenuhnya,” kata Annuar pada sidang media selepas lawatan ke Anjung Kelana, Kuala Lumpur.

Lebih daripada 100 orang golongan gelandangan telah diberi vaksin di lokasi tersebut.

Annuar berkata inisiatif vaksin bagi gelandangan yang dijalankan ini akan menjadi satu kajian perintis untuk meningkatkan prosedur standard operasi (SOP) bagi program vaksinasi bergerak.

Menteri tersebut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan program vaksinasi bagi para gelandangan di bandar.

Program vaksin bergerak di bawah [email protected] adalah satu daripada tujuh pendekatan baru yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Wilayah Cakna 5.0.

Annuar berkata lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melakukan pemeriksaan Covid-19 RTK-Antigen secara percuma ke atas 20,000 warga emas dan individu yang mudah terjejas di ibu negara mulai pertengahan bulan Jun.

“Kami juga berharap dapat memvaksinasi sekitar 20,000 warga emas dan golongan berisiko tinggi melalui program bergerak kami,” katanya.

Sementara fasa pertama vaksinasi untuk gelandangan dilakukan di Anjung Kelana, golongan selebihnya akan disuntik vaksin secara berperingkat mengikut kumpulan.

Baca artikel-artikel berkaitan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca