Semalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Shopee Piala FA 2019 melibatkan pasukan Pahang dan Perak di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan kemenangan selesa 3-1 berpihak kepada tuan rumah menerusi dua jaringan oleh Herold Goulon dan satu gol oleh Mohamadou Sumareh. Gol pasukan Perak pula dijaringkan oleh J. Partiban.
Apa yang menjadi perbualan utama adalah gol jaringan Herold Goulon dari ‘own half’ yang telah ‘melemaskan’ penjaga gol Perak, Hafizul Hakim. Jaringan padu itu ternyata berjaya menggamatkan Stadium Darul Makmur.
Sepanjang musim ini Herold Goulon telah berjaya menawan hati para penyokong pasukan Pahang dengan aksi kemas dan keras di bahagian pertahanan. Selain menjadi benteng kebal pertahanan Tok Gajah, pemain kelahiran Perancis yang pernah bersama Lyon dan Middlesbrough ini juga sering memukau dengan teknik individu dan kemampuannya menjaringkan gol.
Saksikan sendiri gol beliau. Kami pasti anda juga akan turut berasa kagum.
90+3'| GOLAZOO GOULON!
Percubaan dari tengah padang oleh Herold Goulon mencipta momen yang cukup magis di Kuantan, memperdayakan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim untuk jaringan gol ketiga Pahang!@OfficialPahang 3-1 @peraktbgmy #ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGPRK pic.twitter.com/PsOce1pQgF
— MFL LIVE (@MFL_Live) June 22, 2019
Hogoh Pahang Hogoh!