Godam Snapchat Kekasih, Gadis Ajar Cara Kesan Kecurangan Kekasih Di TikTok

Video seorang gadis yang menunjukkan cara dia mengintip bekas kekasihnya dahulu dengan menggodam aplikasi Snapchatnya mendapat perhatian orang ramai di Tiktok.

Video yang dimuat naik oleh @brookeyounng kini mendapat lebih 1.7 juta tontonan dan ribuan komen yang bertanya bagaimana untuk melakukannya.

Video yang dikongsi @brookeyounng tular di TikTok

Komen @madelinerenee13, “Saya tak boleh percaya yang ada sesetengah wanita tidak mempercayai teman lelaki mereka…apa-apapun mana tutorialnya.”

@ninaaa069 berkongsi sentimen yang sama dengan berkata “Perbuatan ini adalah salah…bagaimana untuk saya lakukannya teman.”

“Bayangkan bertengkar dengan si dia dan kemudian memberitahu dia bahawa dia telah menghantar pesanan pada gadis lain pada 11:39,” tambah @_denise_salvador

Namun ada juga yang tidak menyokong langsung perbuatan gadis ini.

@giammetteisstwin berkata, “kamu semua perlukan pertolongan.”

“Secara santai mengaku untuk melakukan jenayah,” komen @apesatwork.

“Ini salah dalam banyak peringkat, jika kamu ada rasa perlu untuk ceroboh privasi seseorang, janganlah dating dengan mereka,” kata @xcassyopea.

Dalam video itu ditulis ayat “Satu kali itu, semasa saya berjaya godam akaun Snapchat bekas kekasih dan secara literal jumpa cara untuk melihat setiap mesej yang dihantar/diterima dan daripada siapa.”

Dia kemudiannya menunjukkan kepada penonton skrin komputernya yang dipenuhi maklumat. Hasil daripada tularnya video berkenaan, dia juga berkongsi cara untuk melakukannya.

Berikutan tularnya video tersebut, dia mendapat banyak permintaan untuk tutorial

Terang dia, “apa yang awak perlukan ialah beberapa perkara- username Snapchatnya serta kata laluan dan email dia.”

Selepas itu, dia menunjukkan kepada penonton bagaimana mereka boleh meminta data kekasih mereka itu di tetapan aplikasi Snapchat yang kemudiannya akan menghantar segala data tersebut ke email dia.

“Ini bahagian yang susahnya, awak perlu ada akses kepada email dia dan awak perlu muat turunnya sebelum dia perasan,” terangnya lanjut.

Berdasarkan dasar privasi yang ditetapkan syarikat Snapchat, individu akan disuruh untuk mengesahkan identiti mereka atau sediakan maklumat tambahan jika mereka ingin memuat turun data mereka.

Syarikat tersebut boleh menolak permintaan itu sekiranya ia mempunyai risiko pencerobohan privasi individu lain.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca