‘Glow Up’ Wanita Ini Selepas Berkahwin Dengan Doktor Gigi Jadi Bualan Ramai

Glow up atau video transformasi kini menjadi Ikutan ramai di laman media sosial. Ramai orang berkongsi gambar lama dan terkini mereka sehingga ia menjadi satu trend di media sosial.

Walaupun banyak video transformasi yang telah dikongsikan di media sosial, salah satu daripadanya berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga berjaya meraih lebih daripada 15 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Wanita yang dikenali sebagai Jaqueline Alarcao ini berkongsi perubahan wajah yang menjadi idaman wanita lain. Jaqueline menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik video yang memaparkan foto gigi jongangnya sehingga dia mempunyai gigi cantik.

@jaquelinealarcao

Antes e depois que me casei com um cirurgião dentista! 😳

♬ Lose Control – Meduza & Becky Hill & Goodboys

Video berkenaan turut disertakan dengan kapsyen, “Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi.”

Selain daripada memperoleh banyak tontonan, video glow up tersebut menerima banyak komen berbentuk pujian kerana ia dikatakan telah memberi inspirasi kepada ramai orang.

Seorang pakar bedah kosmetik turut memuat naik perkongsian mengenai video tersebut di media sosialnya. Beliau turut memuji ‘karya’ yang dibuat oleh ‘suami’ Jaqueline.

Walau bagaimanapun, video transformasi ini ternyata merupakan satu glow up palsu oleh Jaqueline. Wanita itu akui bahawa dia menggunakan satu set gigi palsu dalam video berkenaan.

Sekiranya mempunyai peluang untuk mengubah penampilan, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan glow up, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca