Giliran Tun Dr. Siti Hasmah Pula Agih Coklat Kepada Petugas Media

Isteri kepada Tun Dr. Mahathir iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mencuri perhatian ramai apabila beliau sanggup berhenti semata-mata untuk mengagihkan coklat kepada petugas media yang ‘berkampung’ di Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau yang ketika itu menuju ke Pejabat Perdana Menteri sekitar jam 10 pagi berhenti di kawasan pintu masuk laluan Protokol dan menyapa kira-kira 30 petugas media yang berada di situ.

“Mari ambil,” katanya tersenyum sambil menghulurkan sebekas coklat dari dalam kereta.

Difahamkan, Perdana Menteri interim Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Perdana Putra sekitar jam 8.30 pagi. Pada kira-kira jam 10.30 pagi, konvoi yang membawa Tun Dr. Mahathir dilihat meninggalkan pekarangan bangunan tersebut.

Disoal mengenai kesihatannya, Dr. Siti Hasmah berkata, “Alhamdulillah, sihat.”

Pada masa yang sama, beliau sempat menasihati petugas media untuk menjaga kesihatan.

“Jaga diri ya,” katanya tersenyum.

Untuk baca artikel lain berkenaan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca