Giliran Siti Sarah Pula Agih Minuman Kepada Petugas Media

Siti Sarah Raisuddin mencuri perhatian ramai apabila penyanyi itu menghulurkan sumbangan minuman kepada kumpulan media yang membuat liputan di Istana Negara di Kuala Lumpur pada hari ini.

Penyanyi terkenal itu terpanggil untuk memberikan minuman keluarannya, Bubble Bee selepas melihat petugas media membuat liputan dalam keadaan cuaca panas bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Jelasnya, “Sarah cuba membayangkan sebelum ini tetapi hari ini Sarah sendiri turun dan melihat (suasana di lokasi) serta merasai tugas media.”

Tambahnya, “Sukar untuk Sarah bayangkan, kerja ini (media) bukan mudah dan ini hanya sumbangan kecil buat petugas media.”

Memetik laporan Harian Metro, pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan kepada petugas media termasuk Sunway Lagoon, Enchanteur Paris, Hurix, NZ Curry House, Asam King dan Chim Doo Ready Meal.

Pelbagai barangan seperti payung, tisu, topi, minyak wangi dan tiket taman tema percuma turut disumbangkan selain daripada makanan dan minuman.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca