Giliran Jovian Mandagie Tampil Bantu Petugas Kesihatan

Pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Jovian Mandagie tampil menghulurkan sumbangan dalam bentuk pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan.

Seperti yang anda sedia maklum, kes positif COVID-19 yang semakin meningkat ini membuatkan bekalan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan di hospital semakin berkurangan.

Menurut Jovian, “Kami membuat keputusan untuk menghasilkan gaun PPE berwarna putih buat kegunaan petugas barisan hadapan. Apabila semua orang sedang duduk di rumah, mereka pula terpaksa menghadapi penularan wabak berkenaan.”

Oleh itu, pereka berkenaan tampil dengan gaun PPE JM sebagai tanda penghargaan beliau atas pengorbanan semua petugas barisan hadapan dalam membendung penularan COVID-19.

Selain itu, tinjauan kami di laman Instagram turut mendapati orang ramai memuji tindakan pereka itu menggunakan kepakaran beliau dalam meringankan beban petugas barisan hadapan:

Sebelum ini, Datuk Radzuan Radziwill turut menyumbang kepakaran beliau dengan menjahit pakaian perlindungan diri untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Akhir kata, jaga diri anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan. Tolong patuhi arahan kerajaan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan setiap masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan petugas barisan hadapan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca