Gilakan Pokok, Lelaki Ini Sanggup Tukar Rumahnya Dengan 40 Tanaman Hiasan

Satu trend terbaru terjadi di Indonesia di mana rakyat di negara tersebut difahamkan sedang dilanda ‘demam’ tanaman hiasan. Bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hiasan, uniknya tanaman ini di mana ia juga digadaikan.

Menurut laporan berita Detik, seorang lelaki bernama Hidmat Syamsudin sanggup menukar rumahnya yang bernilai Rp 500 juta (bersamaan dengan RM145,000) dengan puluhan tanaman hiasan.

Beliau berurusan dengan seorang pedagang dari Depok, Jawa Barat atas penukaran barter tersebut.

Persoalannya sekarang, berbaloikah sebuah rumah digadaikan dengan hanya puluhan tanaman hiasan?

Berjaya menukarkan rumahnya dengan 40 tanaman hiasan, antara tanaman yang beliau perolehi adalah Philodendron billietiae variegata dan king monstera variegata thai constellation.

Sumber: Detik

Menurut Hidmat, kedua-dua tanaman tersebut memiliki harga sekitar Rp 55 juta (RM15,000) dan RM 60 juta (RM17,000).

Nilai 40 tanaman hiasan yang diberi kepada Hidmat menjangkau jauh dari harga rumahnya itu.

Terdahulu, sebelum Hidmat, seorang lagi rakyat Indonesia yang tinggal di Kediri bernama Iqbal turut melakukan perkara yang sama. Beliau sanggup menukar kereta Avanza miliknya bersama adiknya itu dengan tiga tanaman hiasan.

Sumber: Tribun News

Difahamkan, penjual tanaman hiasan itu tidak mahu menerima wang sebagai ganti kepada tanamannya. Malah mereka memilih kereta sebagai tebusan kepada 3 jenis tanaman Philodendron iaitu Philodendron caramel marble variegated, Philodendron stroberry shake variegated dan satu jenis Caladium hybrid.

Bagi anda yang beranggapan bahawa perkara yang dilakukan mereka ini adalah satu penipuan dan hanya sebagai rekaan, Iqbal menekankan bahawa kegiatan ini sudah biasa dilakukan di Indonesia.

Penjualan tanaman hiasan mendapat sambutan di Indonesia dan juga Malaysia. Namun, apa yang dapat membezakan antara dua negara serumpun tersebut adalah masih belum ada yang sanggup menukar harta benda demi puluhan tanaman hiasan di negara ini.

Bagaimanapun, pada pandangan pemerhati ekonomi, diingatkan kepada masyarakat agar trend tersebut tidak sampai memakan diri. Tidak salah untuk membeli tanaman hiasan dengan harga puluhan ribu tetapi biarlah berpada-pada.

Jangan biarkan keperluan asas dalam hidup diabaikan demi sebuah hobi yang mahal.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan tanaman, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca