Pulau Kentut, Pulau Susu Dara Dan Pulau Babi Ini Menjadi Tarikan Pelancong

Siapa di sini sukakan pulau?

Pulau merupakan salah satu lokasi percutian paling popular di dunia. Di Malaysia sendiri, kita mempunyai pelbagai pulau yang sangat cantik sehinggakan menarik pelancong dari luar berkunjung di sini.

Kebanyakkan daripada pulau-pulau ini mempunyai kisah unik yang tersendiri yang menjadikannya lebih menarik dan mengujakan. Di tambah pula dengan keunikan nama pulau yang mengelikan hati.

Kami kongsikan 3 tempat ini yang menjadi tumpuan pelancong. Ketiga-tiga tempat ini sangat cantik tetapi namanya sahaja membuatkan kita segan menyebutnya.

1. Pulau Kentut Kecil Dan Kentut Besar, Kedah

Tak perlu diterangkan lagi. Nama pulau ini cukup jelas melucukan! Pulau-pulau ini terletak tidak jauh dari selatan Langkawi dan jika anda mendengar cerita tempatan, mereka mendapat nama pulau kentut itu dari perkahwinan legenda antara anak perempuan Mat Chinchang dan anak lelaki Mat Raya.

Semasa makan beradap, pengantin lelaki tiba-tiba terkentut. Memandangkan makanan yang dimakan pada hari itu disediakan oleh pengantin perempuan maka mereka berkecil hati lalu terjadi pergaduhan antara dua keluarga hingga mengakibatkan huru-hara di pulau tersebut.

Baiklah, kita lupakan mengenai ‘kentut’.

Pulau ini sebenarnya sangat dikenali oleh orang tempatan dengan pemandangannya yang indah, pantai pasir putih dan air biru yang jernih. Untuk sampai ke pulau ini, anda perlu menyewa bot.

2. Pulau Susu Dara, Terengganu

Pulau Susu Dara ini terletak berhampiran dengan Pulau Perhentian. Di sekitar pulau ini terdapat gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara Kecil dan Pulau Tokong. Untuk sampai di sini, kebiasaan tetamu yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke sini untuk aktiviti menyelam.

Pantai ini mempunyai pasir yang cantik sekali. Pasir yang halus ini membuat kita terasa hendak baring seperti di atas tilam. Pulau ini penuh dengan batu-batu besar yang cantik. Batu-batu yang menganjur ke laut menjadi tempat ikan bermain dan coral yang cantik terdapat di kawasan ini

Air lautnya cukup jernih sehingga akan ternampak ikan di dasar laut. Di sini banyak ikan nemo, ikan yang menjadi maskot SUKMA Terengganu. Ikan ini memberi tuah kepada Terengganu kerana menjadi juara SUKMA dua kali berturut-turut. Selain itu anda boleh melihat ikan pelbagai warna.

Di Pulau Susu Dara ini juga mempunyai batu karang yang cantik dan dapat dilihat dalam pelbagai bentuk. Untuk melihat batu karang di sini anda tidak perlu pergi ke tengah laut kerana hanya di gigi pantai anda sudah dapat melihatnya.

3. Pulau Babi, Mersing, Johor

Pulau Besar yang satu ketika dahulunya bernama Pulau Babi Besar ini adalah sebuah pulau di luar pantai timur Johor. Pulau ini dikelilingi oleh beberapa buah pulau lain termasuk Pulau Mensirip, Pulau Sibu, Pulau Hujung, Pulau Tinggi dan juga Pulau Rawa.

Kesemua pantai di pulau-pulau ini dikelilingi dengan air yang sangat jernih. Tak cukup dengan itu, keunikan tambahan seperti sayuran liar, ulam-ulaman dan pepohon kelapa serta pelbagai tumbuhan yang terdapat dalam hutan tropikanya memperkayakan khazanah alam di pulau ini.

Anda pasti tidak akan menyesal berkunjung ke pulau ini. Walaupun nama-nama pulau ini melucukan namun permandangannya sangat mengagumkan.
Jadi, pulau mana yang anda nak pergi dulu?

Artikel Lain Untuk Di Baca