Gigi Patah Petanda Kematian Ahli Keluarga? Ini 9 Maksud Mimpi Menurut Pandangan Agama Islam

Mimpi merupakan suatu hal yang biasa dilalui oleh semua orang ketika tidur. Bagaimanapun, tidak semua mimpi yang dilalui indah, adakalanya berubah menjadi mimpi buruk.

Penulis akan berkongsi kepada pembaca mengenai 3 fakta menarik tentang mimpi sebagaimana yang telah disenaraikan dibawah:

1. Petanda awal mendapat penyakit

Sekiranya mimpi yang dialami oleh individu adalah menyeramkan atau menakutkan sehingga boleh mengganggu akal fikiran manusia, seseorang itu berkemungkinan besar mendapat penyakit Parkinson atau Demensia. Ini kerana mimpi yang buruk berupaya memberi tekanan terhadap otak seseorang.

2. Wanita sering dihantui mimpi buruk

Golongan wanita sering kali mendapat mimpi buruk berbanding lelaki berikutan cara pemikiran mereka yang berlainan. Mimpi buruk kepada wanita terdiri daripada tiga kategori iaitu mimpi yang menakutkan, mimpi kehilangan orang yang disayangi dan mimpi yang megelirukan.

3. Manusia mampu mengawal mimpi

Kajian oleh pakar psikologi di Kanada mendapati bahawa individu yang suka bermain video game mampu mengalami lucid dream.

Lucid dream adalah tahap mimpi yang membolehkan individu melihat diri mereka sendiri dan mengawal dunia dalam mimpi tersebut sepertimana ia sedang mengawal pemainan dalam dunia video game.

Menerusi sudut pandang agama Islam, pengalaman mimpi seseorang juga dapat ditafsirkan sebagai petanda dalam kehidupan mereka.

Berikut kami senaraikan 9 maksud mimpi dalam kehidupan seseorang:

  • Memanah kayu menandakan akan berlaku kematian.
  • Bermain besi memberikan alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan.
  • Makan makanan masam memberi alamat bahawa individu itu akan sakit atau berduka cita.
  • Gigi patah menandakan saudara atau ahli keluarga akan mendapat kemalangan atau mati.
  • Dipukul oleh orang sehingga mengalami pendarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  • Rumah runtuh memberi makna bahawa seseorang akan difitnah.
  • Datang ke rumah besar atau mahligai indah memberi erti bahawa seseorang akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat
  • Tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu.
  • Melihat titian siratulmustaqim bermaksud seseorang akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan.
  • Sebagaimana yang terdapat dalam Sahih Al-Bukhari, “Apabila seseorang kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, ketahuilah ia daripada Allah maka pujilah Allah atas mimpi tersebut dan berbicaralah tentangnya. Akan tetapi seseorang itu bermimpi yang lain iaitu sesuatu yang tidak disukai, ketahuilah ia daripada syaitan. Maka hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah daripada kejahatan. Jangan juga menceritakan mimpi itu kepada sesiapapun kerana mimpi itu tidak akan memudaratkannya”.

    Penulis

  • Saya Noor ‘Aqilah Binti Ab Hapiz adalah pelajar daripada Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Artikel Lain Untuk Di Baca