Gerhana Bulan Bakal Berlaku Petang Nanti, Ini Panduan Solat Sunat Buat Umat Islam

gerhana-bulan-bakal-berlaku-petang-nanti-ini-panduan-solat-sunat-buat-umat-islam
Gambar hiasan
Sumber: Tribun Jogja.com

Malam ini, sekitar jam 7.15 petang rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh dan berakhir pada 8.52 malam.

Untuk pengetahuan, ketika fasa bulan purnama kedudukan bulan, bumi dan matahari hampir sejajar yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Permukaan bulan juga perlahan-lahan bertukar dari warna putih bersinar kepada kemerahan kerana kesan umbra ini dapat dilihat oleh mata kasar.

Umat Islam digalakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan atau solat sunat Khusuf sempena fenomena ini selain ia merupakan sunat mu’akkad iaitu sunat yang sangat dituntut selepas menunaikan solat fardhu maghrib.

Panduan ringkas solat sunat gerhana bulan ini telah diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk pengetahuan orang ramai.

Bukan itu sahaja, solat sunat dua rakaat ini boleh dilakukan secara bersendirian tapi lebih afdal jika dilakukan berjemaah. Tempoh solat bermula dari gerhana hingga tamat fenomena ini.

Mari lihat panduan yang diterangkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di dalam gambar di bawah ini:

gerhana-bulan-bakal-berlaku-petang-nanti-ini-panduan-solat-sunat-buat-umat-islam
Sumber: Facebook (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca