Geram Lepas Dipatuk, Lelaki Mabuk Ini Gigit Ular Sampai Terputus Badan

Seorang lelaki di Uttar Pradesh, India didakwa telah menggigit badan seekor ular hingga putus selepas haiwan tersebut mematuknya.

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu di daerah Etah, Uttar Pradesh apabila seorang penduduk Kampung Asrauli bernama Raj Kumar dipatuk ular.

“Anak lelaki saya mabuk ketika ular tersebut memasuki rumah kami dan mematuknya. Dia kemudiannya terus menggigit badan ular itu hingga putus,” kata bapa mangsa kepada agensi berita di India.

Susulan insiden itu, doktor yang merawat Raj Kumar memaklumkan bahawa kecederaan mangsa sangat serius.

Bapa Raj Kumar berkata, dia tidak mampu untuk membayar kos rawatan anaknya yang terpaksa dirujuk ke sebuah hospital lain.

Sementara itu, ular tersebut dilaporkan telah dibakar oleh keluarga mangsa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca