Di tengah kesibukan kota London, terselit kisah hantu di stesen kereta api bawah tanah Aldwych.
Stesen kereta api yang terbiar selama 40 tahun itu menjadi lokasi pilihan Emma, Nick dan Katrina bagi menyiasat aktiviti paranormal yang berlaku di situ.
Emma bertugas sebagai editor di syarikat akhbar tabloid Mirror UK manakala dua orang lagi sahabat karibnya iaitu Nick dan Katrina merupakan pasangan pemburu hantu profesional yang telah banyak kali bermalam di rumah-rumah lama dan berhantu di seluruh Amerika selama lebih 14 tahun.
Mayat dan hantu bintang teater
Emma menemui Nick dan Katrina di luar stesen tersebut. Pasangan itu sudah bersiap sedia dengan peralatan canggih seperti kelengkapan kamera, alat pengesan pergerakan dan ‘telefon orang mati’ yang besar (digunakan untuk mengesan suara hantu) dalam ‘ghost kit’ mereka.
Kemudian mereka melangkah masuk ke dalam bangunan sebelum turun ke bawah stesen yang lembap dan sejuk itu.
Dengan menggunakan lampu suluh setiap seorang, mereka akhirnya sampai ke suatu platform di mana berdirinya kereta api yang sudah tidak digunakan, pintu-pintu terbuka luas dan tempat duduk yang dipenuhi debu.
Semasa Perang Dunia Ke-2, stesen kereta api ini pernah ditutup selama hampir enam tahun untuk tempat perlindungan kira-kira 2,500 orang daripada serangan bom. Artifak dan harta-harta karun juga pernah disorokkan di sini oleh pihak istana dan muzium.
Selain itu, stesen ini turut ada menyimpan kisah-kisah legenda urban.
Pada tahun 1830-an, seorang lelaki telah mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk mengebumikan mayat orang-orang tersayang di sebuah gereja tempatan. Namun apa yang dia buat sebenarnya adalah membuang mayat-mayat itu ke dalam stesen bawah tanah tersebut.
20 tahun kemudian, barulah 12,000 mayat tersebut ditemui setelah orang awam kompelin ada bau mayat, dan serangga ganjil berterbangan sana-sini.
Beberapa orang bekas pekerja dan pengawal sekuriti di stesen itu mendakwa pernah terlihat kelibat seorang wanita berpakaian kostum teater. Mereka syak itu hantu Francis Maria Kelly.
Wanita tersebut merupakan seorang primadona di Royal Strand Theatre lewat tahun 1800-an. Tempat itu pernah popular suatu ketika dahulu dan berdekatan dengan stesen. Dia dikatakan menghantui stesen tersebut kerana sedih panggung tersebut ditutup sekali gus mengakhiri karier seninya.
Penampakan hantu lain yang pernah dialami termasuklah seorang lelaki beruniform yang mati di atas trek tersebut. Ada yang pernah terhidu bau minyak wangi dan asap rokok serta terdengar bunyi nyanyian opera bergema di sepanjang trek.
Terdengar sesuatu
Mereka bertiga seolah-olah melangkah ke dalam sebuah kapsul masa sewaktu melihat poster-poster zaman perang dulu berbaris di sudut dinding binaan itu.
Emma berasa seram sejuk. Manakala Nick dan Katrina kelihatan selamba, cukup kental untuk berada di situ.
Nick menyatakan yang alat ‘telefon orang mati’ itu pernah digunakan dengan jelas sebelum ini. Ketika itu, seorang banduan yang telah dihukum mati dapat dihubungi dan bercerita tentang sejarah hidupnya sehingga pasangan pemburu hantu itu sebak, hampir menangis.
Fenomena itu dikenali sebagai suara elektronik dan ditemui pada tahun 1970-an setelah sekumpulan penyelidik menemui banyak mesej rahsia yang menyeramkan dan mendengar bunyi latar yang bising.
Selalunya bunyi tersebut amat perlahan. Namun Emma bertuah pada hari itu kerana dapat dengar ‘sesuatu’ dengan lebih jelas.
Mereka tidak sendirian
Mereka membawa peralatan menuju ke sebuah gerabak kereta api yang besar dan kosong. Suis peralatan mula dipasang dan bulu roma Emma meremang.
‘Hello!’ Mereka terdengar suara jeritan lelaki bergema menerusi alat tersebut.
Skala alat itu diubah dan kali ini terdengar bisikan suara wanita pula.
“Boleh awak cuba bercakap dengan kami?” Nick memanggilnya.
“Ada apa?” tanya entiti tersebut bersama perkataan ‘pelakon wanita’ tertera di mesin tersebut.
Nik cuba menerangkan alat tersebut dan aktiviti mereka bertiga.
“Macam mana buat tu?” tanya ‘wanita’ itu lagi, innocence.
Kalau betul la itu hantu Francis yang mati pada tahun 1800-an, mereka berasa sukar untuk menjelaskan kepada hantu itu sampai faham kerana alat teknologi itu terlalu maju untuk zamannya.
‘Tahun apa ni?’ Bisikan wanita tadi berselang pula dengan suara garau lelaki. Mereka bertiga macam tak percaya dengan apa yang didengari.
Kedinginan mula menyelubungi mereka dan Emma mula berasa dadanya berat, Katrina beritahu kepadanya bahawa itu normal apabila aktiviti tersebut berlangsung kerana ‘mereka’ menyerap tenaga manusia untuk berhubung.
Tiba-tiba beberapa kamera dan lampu suluh terpadam. Emma berasa tidak bersedia kalau tiba-tiba hantu tersebut munculkan diri walaupun dua rakannya itu kelihatan excited.
Mereka tidak melihat apa-apa bayangan namun Emma dapat merasakan kehadirannya. Seolah-olah ada yang memerhatikan dan berdiri di belakangnya. Angin menerpa dirinya seolah-olah ada seseorang berjalan melintasi. Mungkin itu mindanya sendiri yang mempermainkan Emma dalam kegelapan itu.
Dia dengan bimbangnya menunggu arahan daripada Nick dan Katrina dalam atmosfera yang tidak menyenangkan itu.
Akhirnya mereka keluar dari stesen bawah tanah itu, balik semula ke jalanan London yang meriah. Sebelum itu, geng itu sempat terdengar satu suara menjerit ‘SHUT UP’ dan menyumpah mereka.

Pasangan pemburu hantu itu menerangkan kepada Emma. “Hantu memang selalu cuba sakat orang, tapi tidak boleh menyakiti kita.”
Sejak itu, setiap kali Emma menempuhi perjalanan kereta api bawah tanah menerusi 270 stesen, dia tahu di celah-celah ramai penumpang akan ada ‘seseorang’ di situ juga.
*Cerita ini diterjemahkan dan diolah semula daripada cerita asal Emma Jones. Baca boleh, percaya tidak wajib 100%..