Gempar! Pelakon ‘Moon Embracing The Sun’ Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Bilik Hotel

Berita tentang seorang artis terkenal Korea Selatan iaitu Jeon Mi Sun menggemparkan semua peminat apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara pada Sabtu.

Agensi tempat Mi Sun bernaung iaitu Boas Entertainment telah mengesahkan kematian pelakon berusia 50 tahun itu menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Mi Sun dikatakan sedang menerima rawatan daripada pakar akibat menghidapi masalah kemurungan.

Menurut pihak bomba Jeolla dalam satu kenyataan, mereka menerima panggilan kira-kira jam 11.43 pagi dan segera menghantar anggota bertugas ke lokasi kejadian.

“Mi Sun tidak sedarkan diri semasa ketibaan pasukan paramedik. Kes akan diserahkan kepada polis,” kata sumber bomba kepada Soompi News.

Pada masa yang sama, Boas Entertainment sewaktu mengesahkan kematian tragis ini berharap supaya pihak media tidak membuat apa-apa spekulasi bagi menghormati keluarga mendiang.

“Kami akan berkongsi maklumat selepas selesai urusan pengebumiannya,” katanya.

Antara drama bersiri yang dibintangi pelakon ini termasuklah Memories of Murder, Moon Embracing the Sun dan Hide and Seek.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca