Gempar! Lelaki Ini Bakar Diri Sendiri Di Hadapan Rumah Putih

Satu insiden di mana seorang lelaki telah bertindak membakar dirinya sendiri menggemparkan orang ramai di kawasan sekitar kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat, Rumah Putih.

Lelaki berkenaan dikatakan berdiri di tengah-tengah padang sebelum menyalakan api dan membakar badannya. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata sahaja dan orang ramai segera menghubungi pasukan keselamatan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pasukan keselematan dilaporkan segera memadamkan kebakaran pada lelaki itu. Memandangkan api marak menjilat tubuhnya, badan lelaki berkenaan dipercayai terbakar 85 peratus.

Lelaki yang belum dikenal pasti itu dipercayai berbuat demikian pada pukul 12.20 tengah hari kelmarin waktu tempatan.

Dia dilaporkan meninggal dunia di hospital pada hari yang sama kerana melecur teruk.

Setakat ini, Rumah Putih belum membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Motif di sebalik insiden itu juga masih belum diketahui.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca