Seorang gadis menjadi bualan pengguna TikTok apabila memilih bunga untuk dinikmati bersama nasi sebagai ulam.
Menurut Nuramnani M Khairi, dia mula mencuba mengantikan bunga sebagai ulam sejak Mei tahun lalu selepas menonton seorang Youtuber Indonesia memakan bunga.
“Saya mula rasa ingin mencuba sebab bagi saya makan bunga adalah unik dan tak ramai orang tahu yang bunga sebenarnya boleh dimakan.
“Selepas mencuba, saya pun tak sangka rasa bunga ini tidak sepelik disangka, tambahan pula saya memang seorang yang gemarkan ulam-ulaman.
“Bagi saya rasa semua jenis bunga lebih kurang sama, ada yang tawar dan ada juga pahit seperti sayur,” katanya.
@nanee.._ Balas kepada @angelpakaigucci bunga zinnia #makanbunga #makanbungazinnia #bungazinnia #asmrsounds #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾
♬ bunyi asal – Nanee 🍴🌺🌻🌼 – Nanee 🍴🌺🌻🌼
Gadis yang berusia 26 tahun ini berkongsi pengalamannya memakan bunga di aplikasi TikTok dan ia mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata ramai orang terkejut kerana baru tahu ada bunga yang boleh dimakan. Selain itu, sebahagiannya juga merasakan videonya itu hanya untuk meraih perhatian sahaja.
Nuramnani berkata dia sebenarnya banyak membaca di internet berkenaan bunga apa yang boleh dan tidak boleh dimakan.
Terdapat lebih 20 jenis bunga yang boleh dimakan dan dia baru mencuba tujuh daripadanya iaitu mawar, melati, zinnia, kemboja, bunga raya, bunga matahari dan bunga telang.
Dia turut berkongsi bahawa bunga telang menjadi kegemarannya kerana mempunyai kelopak yang sangat lembut.
Katanya, menerusi pembacaannya di internet, bunga mempunyai pelbagai manfaat seperti mengawal tekanan darah, zat besi dan antioksidan yang tinggi.
“Selain bunga, saya ada juga terbaca mengenai rumput yang boleh dimakan.
“Namun, apa pun lebih baik kita membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum makan kerana risau juga sekiranya berlaku apa-apa,” katanya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: