Gemar Filem Yang Beri Inspirasi? Ini 4 Filem Hollywood Yang Patut Anda Tonton

Adakah citarasa anda dalam filem lebih kepada sesuatu yang memberikan inspirasi? Kami kongsikan empat filem yang wajib anda tonton:

1. The Secret Life of Walter Mitty (2013)

Dibintangi oleh Ben Stiller, Walter Mitty bekerja sebagai seorang penjaga aset negatif di sebuah syarikat penerbitan majalah iaitu Life.

Walter yang kuat berangan seperti Mat Jenin mula menjalani kehidupannya sendiri dan melihat lebih banyak perkara yang ditawarkan oleh dunia.

Walau bagaimanapun, beliau terpaksa mengembara dan mengharungi pelbagai cabaran untuk menjayakan imej percetakan terakhir Life sebelum syarikat itu mengubah kandungan majalah kepada bentuk digital.

2. The Bucket List (2007)

Dibintangi oleh Morgan Freeman dan Jack Nicholson, The Bucket List memaparkan perjalanan Carter Chamber dan Edward Cole yang merupakan penghidap kanser paru-paru.

Mempunyai latar belakang keluarga dan ekonomi yang berbeza, kedua-dua individu tersebut memulakan perjalanan mereka untuk menikmati keindahan dalam kehidupan.

3. The Shawshank Redemption (1994)

Masa depan kelihatan kabur dan malap untuk semua banduan yang berada di dalam penjara. Dibintangi oleh Tim Robbins dan Morgan Freeman, Andy Dufresne dimasukkan ke penjara Shawshank atas tuduhan membunuh isterinya.

Walaupun begitu, Red yang sudah lama berada di dalam penjara tersebut melihat sesuatu yang berada di dalam diri Andy. Rupa-rupanya, Andy membuktikan sesuatu yang menakjubkan kepada Red yang hampir kehilangan sebab untuk hidup!

Walaupun Andy sentiasa kelihatan diam dan melakukan perkara-perkara pelik seperti meminta penukul dan berjalan tanpa hala tuju di kawasan luar penjara, Andy dan Red akhirnya menjadi kawan baik.

4. The Pursuit of Happyness (2006)

Dibintangi oleh Will Smith dan Jaden Smith, Chris Gardner merupakan seorang agen penjual pengimbas ketumpatan tulang mudah alih. Namun, beliau menghadapi krisis kewangan apabila keluarganya tidak lagi mempunyai wang untuk menyara hidup.

Walaupun di dalam kesibukan dan kesusahan, Chris mencari ruang-ruang kesempatan untuk memperoleh sesuatu yang dapat membanggakan anak dan isterinya.

Menerusi filem ini, kesempitan hidup mengajar seseorang untuk lebih menghargai kesenangan dan ketabahan pula akan membuahkan hasil yang lumayan.

Selepas membaca artikel ini, jangan lupa untuk tonton semua filem yang berjaya menarik perhatian anda. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar filem Korea berdasarkan kisah benar, anda juga boleh membaca senarai ini. Selamat menonton!

Penulis

  • Malinda Nurul Hikmah Agus Susila adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri (FiTA) UiTM.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk baca lagi artikel berkaitan dengan filem yang kami telah ulaskan.

10 Filem Romantik Hollywood Yang Patut Anda Tonton

6 Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Yang Patut Anda Tonton

Filem-Filem Seram Terkenal Ini Rupanya Adaptasi Daripada Kisah Benar

Artikel Lain Untuk Di Baca