Gemar Air Tin Berkarbonat, Badan Lelaki Ini Terpaksa Dilapah Dan Dibuang Akibat Jangkitan Kuman

Mohd Razin Mohamed berusia 56 tahun disahkan menghidap penyakit kencing manis sejak 16 tahun yang lalu akibat terlalu gemar mengambil minuman jenis berkarbonat.

Difahamkan baru-baru ini, beliau telah menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian kulit dari belakang badan hingga ke bahu kanan. Kesemua bahagian yang dinyatakan terpaksa dilapah dan dibuang kerana dijangkiti kuman.

Perbuatan mengambil minuman manis ini berterusan sehingga lelaki tersebut tahu dirinya menghidap penyakit kencing manis sejurus selepas melihat air kencingnya mula dikerumuni semut. Sejak itu, Mohd Razin bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Keadaan semakin membimbangkan apabila belakang badan lelaki ini mula ditumbuhi bisul selama berbulan-bulan. Kewujudan bisul tersebut dikatakan telah merebak dan membesar sehingga saiz tapak tangan.

Walau bagaimanapun, nasib menyebelahi Mohd Razin apabila sempat mendapatkan rawatan di hospital berhubung bahagian tulang lelaki berkenaan turut hampir dijangkiti kuman.

Jelas Mohd Razin, kesan pembedahan menyukarkan dia untuk menggerakkan tangan kanannya. Selain itu, permukaan kulit yang tidak rata turut menimbulkan kesan lekuk pada bahagian belakang badannya.

Kini, Mohd Razin terpaksa berpantang bagi mengawal tahap gula dalam badan. Rawatan susulan seperti pengambilan ubat daripada pihak hospital juga dipatuhi agar dapat sembuh sepenuhnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca