Gelombang Haba Melanda, Turki Bergelut Kebakaran Hutan Terburuk

Terbaru, gelombang haba tinggi sedang melanda Turki dan Cyprus, menyaksikan suhu permukaan tanah meningkat hingga melepasi 50 darjah Celcius untuk kali kedua dalam tempoh sebulan, menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam satu kenyataan semalam.

Keadaan bertambah kritikal apabila Turki terpaksa bergelut dengan kebakaran hutan terburuk dalam tempoh beberapa dekad.

Ekoran daripada kejadian, api marak terus menjilat kawasan pantai Mediterranean dan Aegean sejak seminggu lalu.

gelombang-haba-melanda-turki-bergelut-kebakaran-hutan-terburuk

Pada masa yang sama, negara jiran, Greece memaklumkan bahawa rekod gelombang haba yang dicatatkannya pula adalah berkait dengan perubahan iklim.

ESA turut menerbitkan satu peta rantau yang menunjukkan tompokan ‘sangat merah’ di sejumlah besar kawasan yang meliputi Cyprus.

“Sekali lagi, suhu permukaan di Turki dan Cyprus jelas mencecah lebih 50 darjah Celcius,” menurut agensi itu.

Sebelum ini, peta yang dikeluarkan bersama data daripada satelit Copernicus Sentinel-3 turut menunjukkan imej serupa pada 2 Julai lalu.

“Ramalan cuaca menggunakan jangkaan suhu udara, berbanding dengan instrumen satelit ini yang mengukur jumlah sebenar tenaga terpancar dari bumi dan menggambarkan suhu sebenar permukaan tanah,” katanya.

gelombang-haba-melanda-turki-bergelut-kebakaran-hutan-terburuk

Suhu permukaan tanah adalah berbeza dan lazimnya lebih ekstrem berbeza daripada suhu udara yang dimasukkan dalam laporan cuaca.

Suhu melebihi 40 darjah Celcius mencengkam bahagian selatan, Turki, menyebabkan penggunaan elektrik melonjak sehingga mencetuskan gangguan bekalan tenaga di beberapa bandar termasuk Ankara dan Istanbul, kelmarin.

Menurut saintis, gelombang haba semakin banyak melanda seluruh dunia susulan perubahan iklim dan diramal bertambah kerap serta buruk sejajar peningkatan suhu global, memetik laporan portal AFP.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca