Gelaran ‘Penyondol’ Semakin Berleluasa, Ini Reaksi Ustaz Kazim Elias

Pembuka tahun 2023, warganet disajikan dengan pelbagai kisah rumah tangga di yang didatangi oleh orang ketiga atau lebih tepat digelar ‘penyondol’ di media sosial.

Sumber: Ohbulan

Pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias al-Hafiz tampil memberi teguran akan tindakan segelintir pihak yang melabelkan wanita berkenaan sebagai penyondol sedangkan di sisi syarak, keadaan itu dibolehkan.

“Siapa kita nak (hendak) label wanita itu sebagai penyondol sedangkan Allah SWT sudah menghalalkan perkara berkenaan apabila lelaki itu berkemampuan.

“Baginda Rasulullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan? Jangan kita sedap mulut saja kerana geram atau marah sedangkan istilah itu sangat tidak sesuai,” katanya.

Sumber: ohbulan

Beliau berkata, ia memberi gambaran bahawa berkahwin lebih daripada seorang ini salah di sisi Islam sedangkan hakikat sebenar tidak sebegitu.

“Poligami ini dibenarkan dalam Islam jika lelaki berkenaan berkemampuan. Kita pula seolah-olah ingin larang atau memberi persepsi bahawa poligami ini buruk dan salah.

Sumber: Detik

“Siapa kita ingin lawan ketetapan yang sudah dibuat oleh Allah SWT. Jangan kita ikutkan emosi dan marah ini dengan melabelkan orang dengan sesuka hati kerana kita bimbang mungkin akidah kita yang menjadi taruhan kelak,” katanya.

Beliau menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dalam menggunakan istilah gelaran kepada orang lain khususnya tentang perkara yang sudah jelas dibolehkan dalam Islam seperti isu poligami.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca