Gelaran Datuk Farid Kamil Dan Boy Iman Ditarik Balik Sultan Pahang

Menurut laporan media baru-baru ini, gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil dan Boy Iman dibatalkan oleh Sultan Pahang.

Yang Berhormat Setiausaha kerajaan Pahang menerusi notis pemakluman menyatakan senarai lima individu di mana Anugerah Darjah Kebesaran negeri tersebut yang mereka terima sebelum ini ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

Sumber: Twitter @BernamaTV

Penama juga tidak lagi dibenarkan menggunakan sebarang gelaran yang dikurniakan.

Mereka juga perlu mengembalikan Darjah Kebesaran kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Pelakon Farid Kamil juga ada memuat naik satu hantaran melalui akaun miliknya itu berkenaan dengan keputusan menarik balik gelarannya sebagai Datuk.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya,” katanya.

Beliau juga difahamkan sedang dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan ditayangkan pada tahun ini.

Sama dengan Farid Kamil dan Boy Iman, tiga individu lain yang turut dibatalkan gelaran Datuk adalah Wong Shee [email protected] dan Tran Thi [email protected], masing-masing berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.

Manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lepas.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca