Baru-baru ini, sebuah video di TikTok mencuri perhatian ramai apabila ia memaparkan seorang ustaz sedang merawat wanita yang dirasuk makhluk halus.
Sekiranya anda menonton video berkenaan, anda dapat lihat suasana seram di dalam dewan itu terus bertukar menjadi kelakar apabila ustaz terbabit mengajak jin di dalam badan wanita berkenaan untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Jin itu dilihat turut mengikut kata-kata ustaz terbabit dengan suara yang berubah-ubah sambil membuat pelbagai gaya comel dan mencuit hati. Selepas ia selesai mengucap dua kalimah syahadah, jin itu meninggalkan tubuh wanita berkenaan.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman TikTok mendapati rata-rata warganet berasa terhibur menonton aksi lucu ketika jin itu mengucap dua kalimah syahadah. Ada juga yang tidak dapat menahan ketawa dan berkata tingkah laku jin itu comel.


Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata bahawa ini merupakan kali pertama mereka melihat kes rasuk yang tidak degil dan kelakar. Orang ramai turut mendoakan wanita itu kembali sihat seperti sediakala.

Pada waktu artikel ini ditulis, video itu telah menerima 1.3 juta tontonan dan meraih lebih 66,100 tanda suka. Apa pendapat anda tentang video ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah: