Gelagat Kucing Dan Ayam Ini Atas Motor Buat Warganet Kagum

Gelagat Kucing dan Ayam Atas Motor

Selalunya, ramai yang keluar berjalan-jalan dengan kawan ataupun ahli keluarga. Namun, lain pula bagi lelaki ini dengan gelagat kucing dan ayamnya di atas motosikal yang buatkan warganet kagum.

Muhammad Amir Mustapa, 29, dari Kampung Cherodok, Kelantan  berkata dia sering membawa haiwan-haiwan kesayangannya itu berjalan-jalan setiap hari.

Malah, beliau juga pernah membawa ayam hutannya yang dipanggil ‘Long’ dan kucingnya ‘Adik Kiss’ sehingga ke Dungun, Terengganu.

Menurut Amir, kedua-dua haiwan ini pandai jaga diri di atas motosikal kerana mereka hanya duduk diam dan tidak banyak bergerak.

“Pada awalnya saya hanya membawa ‘Adik Kiss’ menaiki motosikal. Namun, lama-kelamaan saya mula membawa bersama Long.

Sekali gus tidak menyangka kedua-duanya sangat tenang dan tidak banyak bergerak sepanjang berada atas motosikal,” ujarnya kepada BERNAMA.

Sumber: Astro Awani

Beliau juga berkata dia tidak pernah melatih Adik Kiss dan Long untuk duduk di atas motosikalnya sebegitu.

Kadangkala, haiwan-haiwan peliharaannya akan duduk di pemegang motosikal dan di bahu tatkala beliau memandu dalam kelajuan terkawal.

“Saya tidak pernah melatih kedua-duanya berbuat demikian, ia diibarat seperti tindakan spontan mungkin disebabkan hubungan akrab saya dengan Adik Kiss dan Long.

Kebiasaannya, saya akan meletakkan kedua mereka di tempat duduk belakang, malah ada juga ketika pemegang motosikal dan bahu saya menjadi tempat kegemaran mereka.

Saya hanya menunggang motosikal dalam kelajuan terkawal untuk tidak membuatkan mereka berasa takut,” katanya.

Amir juga menyatakan bahawa rutinnya itu buatkan pengguna jalan raya teruja melihatnya bersama kucing dan ayam itu.

Bahkan, ada juga yang mengambil peluang untuk menangkap gambar mereka. Ada juga yang meluahkan rasa bimbang sekiranya haiwan-haiwan itu terjatuh.

Anda boleh tonton video di bawah untuk melihat bagaimana gelagat Adik Kiss dan Long di atas motosikal bersama tuannya:

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca