Gaya Moden Untuk Wanita Berhijab

Menutup aurat adalah tuntutan yang wajib bagi seorang Muslim. Walaupun begitu, tuntutan tersebut tidak pernah menghalang wanita Muslimah untuk bergaya, asalkan masih mengikut landasan agama yang betul.

Apakah fesyen Muslimah yang sering menarik perhatian wanita hari ini?

Foto: KerudungHarlina

1. Jubah Pelbagai Potongan

Fesyen Muslimah seperti jubah sangat mendapat tempat dikalangan wanita Muslimah di negara ini. Ini adalah kerana selain menutup aurat, ia juga datang dengan pelbagai potongan dalam pelbagai pilihan warna. Jubah sebagai pakaian fesyen Muslimah amatlah sesuai kepada semua wanita diluar sana.

Foto: DailyMail

2. Dress Labuh

Dalam kamus fesyen Muslimah, dress labuh juga sering dijadikan outfit yang sinonim dengan wanita muslimah. Dress labuh berpotongan moden tetap menerapkan ciri-ciri menutup aurat. Anda boleh memilih dress labuh polos ataupun yang bercorak tetapi anda harus mementingkan warna dress labuh tersebut kerana jika anda tersalah pilih, anda mungkin akan menjadi mangsa fesyen.

Foto:MyBajuBlog

3. Seluar Jeans Potongan Besar

Dalam dunia yang serba moden, fesyen muslimah juga mengikut peredaran zaman. Seluar jeans potongan besar boleh digayakan bersama baju T-shirt serta blouse yang sepadan, ditambah pula dengan shawl yang ranggi pasti akan menaikkan seri pemakai.

4. Palazzo Atau Boot Pants

Fesyen Muslimah seperti ini adalah sangat sesuai bagi anda yang berkerja. Anda boleh mengenakan outfit ini untuk ke pejabat. Seluar berwarna cerah dan dipadankan bersama blouse sangatlah sesuai bagi semua golongan usia. Anda juga boleh mengenakan kemeja polos.

Foto: Google

5. Skirt Bersama Baju T-Shirt Polos

Kali ini fesyen Muslimah seperti skirt dan baju polos memperlihatkan ciri-ciri keayuan di dalam diri wanita tersebut. Pelbagai potongan dan jenis fabrik skirt yang boleh anda dapati di pasaran pastinya ia akan menggamit perhatian anda. Anda perlu bijak memilih baju untuk dipadankan dengan skirt.

Jadi, tak ada masalah untuk bergaya dan mengikut trend terkini walaupun bertudung.

Artikel Lain Untuk Di Baca