Gaya Macam Model, Warganet Puji Aksi Sugu Pavithra Tidak Kekok Di Depan Kamera

YouTuber berbangsa India, Sugu Pavitra semakin menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini di atas sokongan yang diberikan oleh orang ramai.

Sebelum ini juga, video pasangan ini berpindah ke rumah baru selepas terima pendapatan lumayan dari YouTube turut menerima tontonan tinggi.

Terbaru, tular gambar di sebalik sesi ‘photoshoot‘ yang dilakukan oleh wanita ini di mana rata-rata terkejut dengan penampilannya.

Gambar di sebalik tabir itu telah dikongsikan sendiri oleh krew yang terlibat menerusi perkongsian di Instagram. Perkongsian itu telah menerima komen-komen yang positif daripada warganet.

Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsikan ini, kebanyakan warganet berpendapat wanita ini kelihatan seperti model sebenar dan tidak kekok untuk beraksi di hadapan kamera. Walaupun ini hanyalah gambar di sebalik tabir, hasilnya nampak tidak mengecewakan membuatkan orang ramai tidak sabar mahu melihat hasil sebenar.

Nama pasangan YouTuber Sugu Pavitra ini semakin menempa nama di Malaysia selepas video-video masakan yang dikongsikan menerima tontonan ramai.

Walaupun baru berjinak-jinak dalam penghasilan video YouTube pada awal tahun ini, mereka sudah meraih lebih 700,000 subscribers setakat ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan Sugu Pavitra, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca