Gas Karbon Monoksida Bocor Dalam Ambulans, Seorang Petugas Kesihatan Maut

Seorang petugas di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok, Port Dickson maut manakala tiga orang lagi dilaporkan tidak sedarkan diri setelah dipercayai terhidu gas karbon monoksida di dalam ambulans yang mereka naiki.

Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Negeri Sembilan, Mohammad Idris yang merupakan Timbalan Penguasa Bomba berkata bahawa kejadian tersebut berlaku ketika ambulans berkenaan tiba di Hospital Port Dickson.

Tambahnya lagi, pasukan bomba menerima maklumat tentang kebocoran gas yang berlaku di Klinik Kesihatan Bukit Pelandok pada jam 9:30 pagi setelah mangsa yang berusia 29 tahun rebah di foyer klinik sebelum tiga rakan sekerjanya membawanya ke hospital dengan menggunakan sebuah ambulans.

Setibanya di hospital, kesemua mangsa didapati telah pengsan dan tidak sedarkan diri dan ditemui dalam dalam keadaan bertindih selepas pintu ambulans dibuka.

Berdasarkan pemerhatian dan maklumat daripada pihak Klinik Kesihatan Port Dickson, kes yang sama juga telah berlaku semalam dan menyebabkan salah seorang daripada staf mereka telah pengsan manakala hari ini empat orang staf mereka turut pengsan.

Mereka tiba dalam keadaan yang kritikal dan pihak hospital telah memaklumkan bahawa ketiga-tiga mereka sudah berada dalam keadaan yang stabil.

Kebiasaannya, perjalanan daripada klinik ke Hospital Port Dickson mengambil kira-kira 20 hingga 30 minit lamanya.

Mengulas lanjut tentang hal ini, beliau berkata seramai 35 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson serta pasukan HAZMAT telah digerakkan ke lokasi klinik kesihatan tersebut bagi melakukan pemeriksaan di premis.

Meskipun demikian, pihaknya mendapati bahawa tidak ada sebarang kebocoran yang berlaku di klinik tersebut sebelum mendapati kebocoran gas tersebut berlaku di dalam ambulans.

Beliau juga berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa kejadian yang sama turut berlaku semalam dan menyebabkan seorang petugas kesihatan pengsan ketika menaiki ambulans yang sama.

Buat masa ini, pihaknya masih menjalankan siasatan yang lebih lanjut tentang punca kejadian tetapi mengesahkan bahawa ekzos ambulans tersebut telah berlaku kebocoran.

Tiga lagi mangsa lain yang tidak sedarkan diri kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca