Apabila sebut sahaja tentang kereta, perkara pertama yang semua orang lihat pastinya warna, reka bentuk dan kuasa enjin yang dimilikinya. Bagi mereka yang sukakan perkara terperinci, mereka pasti mencari sesuatu unsur berbeza pada suatu kenderaan tetapi ada beberapa perkara ini yang mungkin tidak disedari oleh orang ramai.
1. Garisan di cermin belakang
Perasankah anda akan kehadiran garisan hitam kecil yang terdapat di cermin belakang kereta? Tujuan benda ini diwujudkan adalah untuk memanaskan cermin dan memastikan ia sentiasa jelas. Sesetengah model kereta mempunyai sistem berbeza tetapi pada amnya, garis hitam tersebut tertanam dalam kaca sebagai sistem pencairan bersepadu.
2. Titik hitam di sekeliling tingkap
Pada bahagian di mana tingkap dipasang, pelekat yang kuat digunakan tetapi pengguna tidak mahu melihat kawasan tersebut kelihatan comot atau kotor, jadi titik-titik hitam ini ditambah. Ia biasanya diatur dalam ‘corak separuh tona’, di mana titik-titik itu mengecil dan jauh antara satu sama lain.
Peralihan jalur hitam di sekitar tingkap ke bahagian tingkap yang lutsinar membuatkan mata kita hampir tidak menyedari kehadiran corak-corak ini, sekali gus membuatkan ia seperti tidak wujud melainkan anda betul-betul merenungnya.
Ia juga memiliki fungsi lain. Apabila tingkap dibengkokkan ke dalam bentuk terakhir ketika pembuatan, titik-titik hitam ini dipanaskan untuk membuatkan kaca menjadi lebih lentur.
Titik hitam ini cenderung untuk menjadi panas lebih cepat daripada kaca yang membantu menyebarkan haba dan menghalang tingkap daripada pecah ketika proses pemanasan.
Penulis
- Nur Sahira Mohd Jailani adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.