Gardenia Umum Kenaikan Harga Roti Mulai Hari Ini

Tidak dapat dinafikan roti yang menjadi idaman semua orang adalah roti keluaran Gardenia. Rotinya yang lembut serta didatangkan dengan pelbagai variasi membuatkan jenama ini menjadi pilihan sejak bertahun lamanya.

Terbaharu, Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan mulai 1 Disember, sebahagian produk keluaran mereka akan dinaikkan harga bermula RM0.05 sen sehingga RM0.20 sen. Antara produk yang mengalami peningkatan harga adalah seperti berikut.

Difahamkan kenaikan harga bagi produk-produk ini didorong oleh kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta bahagian pembungkusan.

Menurut GBKL, keputusan untuk menaikkan harga produk adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh syarikat.

“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” kata GBKL dalam satu kenyataan.

Mereka turut menyatakan selain produk yang dinyatakan, tiada peningkatan harga bagi produk-produk lain keluaran syarikat Gardenia.

Untuk rekod, Gardenia pernah memaklumkan peningkatan permintaan bekalan roti Gardenia sejak Mac 2020 lalu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Pihak Gardenia turut memberi jaminan bahawa pihak mereka bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pengguna di seluruh Malaysia.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca