Gara-Gara Watak Barkoba, Anak Bell Ngasri Turut Terkena Tempias

Selepas membawa watak Barkoba dengan cukup jayanya dalam 18 Puasa di Kampong Pisang, nama Bell Ngasri terus meniti di bibir setiap penonton filem arahan Mamat Khalid itu sepanjang bulan Ramadan lalu.

Buat anda yang belum sempat menonton filem berkenaan, Barkoba ialah seorang pemuda kampung yang tidak berpuasa. Selain itu, ungkapan “yak yak yay” dan plastik hitam dipaparkan dalam filem itu membuatkan watak Barkoba cukup terkenal sehingga ada yang menjadikannya ikon orang tidak berpuasa.

Sumber: Kakimuvee

Menerusi satu temu bual bersama BH Online, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri sendiri rasa lucu dengan impak yang ditinggalkan oleh Barkoba kepada orang ramai sehingga nama beliau menjadi sebutan sepanjang bulan Ramadan.

Apa yang membuatkan pelakon J.K.K 6 itu sedikit terkejut adalah apabila sebahagian penonton filem berkenaan telah menjadikan Barkoba sebagai ‘ikon’ orang yang tidak berpuasa.

“Jujurnya, saya terkejut apabila ada yang menjadikan watak orang tidak puasa sebagai ikon. Selalunya, perkataan ikon ini dikaitkan dengan perkara baik-baik.

Apa pun gelaran yang diberikan, saya harap penonton dapat melihat watak ini dari sudut positif. Seperti apa yang dipaparkan dalam filem ini, anda akan masuk dalam neraka jika tidak puasa,” ujarnya kepada BH Online.

Sumber: Berita Perak

Bell turut berkata watak Barkoba menjadi bahan sendaan rakan sekolah anak-anaknya, “Lucu apabila anak-anak mengadu rakan-rakan mereka di sekolah anggap saya tidak puasa disebabkan watak Barkoba.

Ya lah, bapa orang lain jadi ikon baik-baik tetapi berbeza dengan ayah mereka. Mujurlah, anak-anak sedia maklum bapa mereka adalah seorang pelakon. Jadi, tidaklah mereka ambil serius dengan sendaan yang dibuat rakan sekolah.”

Sebagai seorang penonton, apa pendapat anda tentang Barkoba?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca