Gara-Gara Wajah Persis Bapa, Wanita Ini Potong Kemaluan Dan Siat Kulit Anak Sebelum Bunuhnya Dengan Kejam

Syaitan bertopengkan manusia, itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambarkan perbuatan dua wanita ini. Mereka dituduh memotong kemaluan anak lelaki salah seorang daripadanya sebelum bertindak membunuh kanak-kanak malang yang berusia sembilan tahun itu.

Rosana Candido yang berusia 27 tahun dan seorang lagi wanita iaitu Kacyla Pessoa yang berusia 28 tahun mengaku bahawa mereka menikam kanak-kanak itu lebih daripada 12 kali. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mesiat semua kulit di muka mangsa sebelum mencincang badannya.

Insiden yang berlaku di Brazil itu dipercayai tercetus gara-gara rupa kanak-kanak yang dikenali sebagai Rhuan itu mirip bapanya. Setiap kali Rosana melihat wajah kanak-kanak itu, dia mengingatkannya terhadap bekas suaminya yang sebelum ini mendera dirinya.

Pembunuhan tidak berhati perut ini dilakukan di kediaman kedua-dua wanita itu yang terletak di Samambaia iaitu lebih kurang 20 batu dari pusat bandar Brasilia.

Bagi menutup kejahatan mereka sekali gus menghilangkan bukti, mereka cuba membakar mayat mangsa dengan membuat berbeku.

Namun begitu, kaedah itu tidak menjadi. Mereka kemudiannya bertindak memasukkan mayat Rhuan ke dalam bagasi sebelum membakarnya.

Sebahagian lagi badan Rhuan disimpan di dalam beg sandang yang turut dijumpai di rumah itu.

Rosana dan Kacyla didakwa melakukan penyeksaan, pembunuhan serta menyembunyikan mayat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca