Gara-Gara Tidak Tahan Dengan Sakit Gigi, Lelaki Ini Nekad Ambil Nyawanya Sendiri

Seorang ibu menzahirkan rasa terkilan dan sedih dek gagal membantu anak lelakinya menjalani rawatan pergigian sehingga mendorong anaknya itu tekad membunuh diri, Southampton, England.

Menurut Shirley, sakit gigi anak lelakinya, Anthony Hoskins, 38, semakin memburuk dan selalu mengadu kesakitan sejak Januari lalu dan mula mengambil ubat penahan sakit dengan kuantiti yang banyak.

Demi membantu anaknya itu, dia sanggup berjimat-cermat selama berminggu-minggu agar  anaknya itu dapat menjalani rawatan dan segera pulih. Niat murninya itu semakin tercapai apabila dia sudah pun berjaya mengumpul wang sebanyak 900 Pound (RM4882.60).

Wanita itu turut memujuk anaknya itu supaya terus bersabar dalam menahan sakit tersebut kerana wang simpanannya hampir cukup untuk membiayai rawatan gigi anaknya itu dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Namun, remuk hatinya apabila Anthony Hoskins ditemui mati di flat miliknya di Thornhill, Southampton oleh pegawai polis pada 3 April lalu.

“Namun perkara yang sangat menyedihkan bagi saya apabila jumlah wang bagi rawatan pergigian swasta itu hampir cukup,” kata isteri diplomat yang ditemu bual penyiasat British dalam inkues kematian lelaki tersebut di Mahkamah Koroner Winchester.

Shirley turut berkongsi tentang hobi Anthony yang suka bermain permainan video dan lelaki terbabit tidak pernah gagal melangsaikan sewa serta bil utiliti rumahnya. Dia pula pasti akan mengunjungi rumah anak lelakinya itu pada setiap minggu.

Namun, selepas beberapa hari Anthony tidak menghubunginya langsung, Shirley akhirnya terpaksa menghubungi polis dan pihak berkuasa telah memecah masuk melalui tingkat atas sebelum menemui anaknya yang meninggal dipercayai membunuh diri.

Sementara itu, Dr Gabriella Day, daripada Burgess Road Surgery berkata, kali terakhir Hoskins membuat rawatan di kliniknya adalah pada Ogos tahun lepas dengan aduan sakit gigi.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan jerutan akibat tergantung. Kes dicatatkan sebagai kes bunuh diri oleh Koroner kawasan, Samantha Marsh.

 

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca