Gara-Gara Tidak Sama Seperti Dalam Gambar, Wanita Ini Ditinggalkan Ketika Disuruh Belikan Roti Canai

Kebiasaannya, apakah yang anda lakukan pada janji temu pertama? Anda akan makan bersama-sama. Sekiranya semuanya berjalan dengan lancar, anda boleh menonton wayang dan membeli-belah bersama-sama.

Walaupun setiap orang mempunyai pengalaman janji temu pertama yang berbeza, wanita ini mempunyai pengalaman yang sangat buruk kerana dia ditinggalkan di kedai mamak pada hari tersebut.

Menurut wanita berkenaan, mereka berkenalan melalui Twitter dan kemudiannya bertukar nombor telefon. Selepas lima bulan, lelaki itu mahu bertemu dengannya.

Lelaki itu berulang kali menghubungi wanita berkenaan pada hari janji temu tersebut untuk bertanya tentang lokasinya ketika itu padahal wanita itu berada di hadapan keretanya selama ini.

Sumber: WOB

Sepanjang perjalanan mereka, lelaki tersebut langsung tidak berkata apa-apa. Disebabkan itu, dia turut berdiam diri kerana menganggap teman lelakinya merupakan seorang yang pemalu.

Perjalanan mereka akhirnya terhenti di sebuah kedai mamak. Lelaki itu berkata kepadanya, “Kamu boleh tunggu di sini sebentar? Saya mahu pergi beli roti canai.”

Kisahnya bermula apabila lelaki tersebut masuk semula ke dalam keretanya selepas membuat pesanan tersebut kerana selang lima minit kemudian, dia memberitahu wanita terbabit untuk mengambil pesanan tersebut.

Wanita itu pula menurut permintaan lelaki tersebut tanpa sebarang bantahan. Namun, apa yang berlaku seterusnya merupakan pengalaman terburuk buat dirinya.

Sumber: WOB

Bukan sahaja beg miliknya berada di atas lantai, tetapi hati wanita itu turut luruh selepas kelibat lelaki itu tidak kelihatan lagi. Dia kemudiannya tergamam dan tidak mampu berfikir apa-apa kerana dia tidak pernah berada dalam situasi seperti itu sebelum ini.

Sudah tentu, dia mencuba untuk menghubungi lelaki itu berulang kali. Lelaki itu tidak menjawab panggilannya sebaliknya dia menghantar mesej yang berbunyi, “Saya minta maaf. Kamu kelihatan kurus dalam gambar kamu tetapi realitinya, kamu lebih berisi daripada yang saya sangkakan.”

Dia kemudiannya mengakhiri mesej tersebut dengan, “Seronok tak kena tinggal?”

Sumber: WOB

Wanita itu mengakhiri luahannya dengan berkata, “Dia merupakan lelaki paling jahat yang saya pernah jumpa seumur hidup saya.”

Sumber: WOB

Kesimpulannya, kita tidak boleh menganggap pasangan kita sebagai perhiasan baik lelaki atau perempuan.

Artikel Lain Untuk Di Baca