Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka, 50 Individu Didenda Baca Doa Di Kubur Jenazah COVID-19

Akibat tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dalam tempoh penularan wabak COVID-19, 50 individu berdepan dengan pengalaman yang mungkin tidak akan mereka lupakan.

Memetik laporan CNN Indonesia, 50 penduduk di sebuah perkampungan di Sidoarjo Jawa Timur didenda melakukan tahlil dan berdoa di tanah perkuburan yang menempatkan jenazah korban COVID-19.

Hukuman itu diberikan kerana mereka didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Selain itu, pihak berkuasa juga turut merampas kad pengenalan mereka untuk disita selama 14 hari.

“Ini adalah pesanan khidmat kepada masyarakat kepada yang belum mematuhi protokol kesihatan. Ia adalah penting untuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial,” kata pegawai yang bertugas.

Difahamkan, operasi pemantauan kerap kali dilakukan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan penduduk Sidoarjo bagi memastikan kempen kesedaran mengenai pematuhan SOP terus berjalan.

Selain di Sidoarjo, denda seumpama itu turut dilaksanakan di beberapa daerah antaranya di Bogor, Jawa Barat namun dengan pendekatan berbeza.

Di sana, mana-mana individu yang didapati ingkar perintah dan tidak mematuhi SOP akan didenda untuk duduk di dalam ambulans yang berisi keranda.

Untuk rekod, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di Indonesia telah mencecah hampir 8,025 orang.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca