Gara-Gara Tidak Berpuas Hati Dimadu, Wanita Ini Siram Suami Dengan Air Panas Hingga Mati

Gara-gara tidak berpuas hati dirinya dimadu, seorang wanita di Indonesia bertindak menyiram suaminya dengan air panas sehingga lelaki itu menghembuskan nafas terakhir. Menurut laporan media tempatan, insiden ini berlaku pada minggu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Bachtiar dipercayai mendirikan rumah tangga dengan wanita lain secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suspek iaitu Aminah. Tindakan berkenaan ternyata membuat Aminah yang berasal dari Sulawesi Selatan itu berang dan terus menjirus air panas pada tubuh mangsa.

Difahamkan, ibu kepada tiga anak itu sedang memasak air sewaktu kejadian berlaku.

“Perasaan marah bercampur-baur pada masa itu. Saya tidak berfikir panjang dan terus menjirus air panas pada tubuh suami saya yang sedang nyenyak tidur,” katanya yang telah berkahwin selama 12 tahun.

Pada masa yang sama, Aminah juga meluahkan kekecewaan terhadap suaminya yang jarang memberi nafkah. Malah, mangsa juga dikatakan sering menyuruh wanita berkenaan meminjam wang daripada jiran sekeliling.

Akibat dijirus air panas yang sedang menggelegak, mangsa telah mengalami kesan melecur yang teruk hampir keseluruh badan. Dia kemudiannya segera dikejarkan ke Hospital Daerah Padjonga Dg Ngalle, Kabupaten Takalar.

Namun, kesan melecur teruk yang dialaminya itu menyebabkan mangsa menemui ajal tidak lama selepas itu.

Aminah kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca