Gara-Gara Tiada Duit Untuk Beli Makanan, Wanita Ini Cekik Anak Sehingga Mati

Seorang ibu tunggal di Rusia bertindak mencekik anaknya sehingga mati gara-gara tidak mampu membelikan makanan untuk bayi tidak berdosa itu. Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya mengebumikan mayat bayi lelaki tersebut di bawah timbunan baja.

Sewaktu disoal siasat, wanita yang dikenali sebagai Yulia Khabitova itu mengaku membunuh anaknya yang bernama Timur. Pada masa yang sama, dia turut menunjukkan kepada pihak polis bagaimana pembunuhan itu dilakukan.

Pada mulanya, Khabitova yang berusia 28 tahun itu mendakwa bayi lelakinya yang berusia 1 tahun telah hilang. Walau bagaimanapun, Khabitova yang turut mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun akhirnya mengakui tindakan kejamnya itu.

“Saya mencekiknya, membungkusnya di dalam selimut dan kebumikan dia di bawah timbunan baja.”

“Saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelikannya makanan,” katanya dalam tangisan.

Difahamkan, Khabitova baru sahaja mendapat kerja namun wang yang diperolehnya masih tidak mampu untuk menampung kos menguruskan Timur.

Menurut ibu kepada Khabitova, anaknya itu merupakan seorang yang sangat rajin bekerja dan sangat menyayangi anak-anaknya.

Jika disabitkan bersalah, Khabitova bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun atas kesalahan pembunuhan yang disengajakan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca