Gara-Gara Terlampau Marah, Dua Beranak Ini Dibunuh

Rentetan daripada peristiwa kes pembunuhan kejam dua beranak yang ditemui dikerat kepada lapan bahagian di Kampung Ladang Krubong pada 10 October lalu dipercayai berpunca daripada rasa amarah yang tidak terkawal oleh suspek.

Timbalan Ketua Polis negeri iaitu Datuk Shahrul Laili Masduki berkata bahawa siasatan kes sudah hampir selesai dan kini pihaknya sedang berusaha bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya.

Jelasnya lagi, motif pembunuhan ini disebabkan oleh rasa marah suspek terhadap isu yang ditimbulkan oleh mangsa.

Malahan, beliau turut menyatakan bahawa terdapat beberapa individu termasuk ahli keluarga lelaki dari Singapura akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

Walau bagaimanapun, buat masa ini ahli keluarga yang berada di Singapura belum dipanggil untuk melengkapkan siasatan. Keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek juga masih belum diterima daripada pihak hospital.

Berkenaan identiti mangsa, Shahrul Laili juga menegaskan pihaknya tidak dapat lagi mengesahkannya sehingga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilaporkan oleh pihak perubatan.

Shahrul Laili berkata, mereka perlu menunggu laporan DNA untuk mengesahkannya sehingga badan yang dijumpai adalah mereka yang telah dilaporkan hilang.

Pihak media Berita Harian turut melaporkan bahawa polis tidak akan menolak kemungkinan lapan bahagian tubuh mayat manusia telah ditemui di dalam semak di Kampung Ladang, Krubong itu merupakan milik kepada dua beranak yang telah tular dalam media sosial.

Oleh yang demikian, segala keputusan berkenaan DNA dan juga keterangan daripada keluarga suspek akan diperoleh dalam masa terdekat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca