Gara-Gara Terlalu Obses Dengan Kucing, Wanita Ini Diceraikan Suaminya

Di dalam dunia perkahwinan, terdapat banyak alasan yang pelik mengapa sepasang suami isteri memutuskan untuk bercerai dan berpisah. Alasan terbaru yang tular adalah obsesi seorang isteri terhadap kucing sehingga suami lari dari rumah.

Pada 21 Mei, Hakim daerah, Sheik Mustafa Abu Hassan telah memubarkan perkahwinan di antara pasangan dari Singapura setelah berkahwin selama 45 tahun.

Menurut laporan, pasangan ini berkahwin pada tahun 1975 dan mempunyai tiga orang anak.

Oleh kerana beberapa kejadian melibatkan kucing yang dikutip oleh isterinya, lelaki tersebut telah memfailkan penceraian.

Perkahwinan ini mula mengalami masalah sejak tahun 1997 lagi. Obses si isteri terhadap kucing bermula apabila dia bermimpi mendiang ibunya muncul dan menyuruhnya bersikap baik kepada kucing dan wanita itu percaya menjaga kucing akan membawanya ke syurga.

Namun, kesabaran suami mula goyah apabila wanita tersebut membawa kucing liar ke rumah sehingga keadaan dan bau rumah tidak ubah seperti tempat perlindungan haiwan.

Kerana terlalu banyak kucing, suami wanita itu terpaksa tidur di lantai kerana tempat tidur mereka sering dicemari dengan air kencing kucing.

Pada tahun 2003, si suami pernah memanggil polis kerana tidak tahan dengan keadaan rumahnya. Namun, tiada tindakan yang dapat diambil kerana ianya merupakan masalah rumah tangga.

Kesabarannya berada di puncak apabila salah seekor kucing yang dikutip telah kencing di badan suami wanita tersebut semasa beliau tidur menyebakan si suami telah keluar rumah dan tinggal bersama abangnya sehingga ke hari ini.

Si isteri berusaha untuk tidak meneruskan penceraian kerana tidak ingin keluarga mereka berpecah belah. Namun bagi Hakim Sheikh Mustafa, beliau tidak merasakan ada kemungkinan untuk mereka berdamai kerana sudah lebih sedekad berpisah.

“Kucing yang dikutip ini cukup mengganggu. Mereka berkeliaran dalam rumah dan tidak dilatih untuk membuang air.

Bau najis kucing dan air kencing dari rumah mereka sehingga banyak rungutan dari jiran. Polis dan pihak berkuasa juga telah memberi amaran, tetapi tiada tindakan diambil oleh wanita tersebut,” kata Hakim.

Selain masalah obses terhadap kucing, isteri juga telah mengeluarkan wang yang berjumlah ratusan ribu daripada akaun pencen suaminya.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca