Gara-Gara Terlalu Lapar, Tikus Ini Mati Setelah Pecah Masuk Mesin ATM Dan Makan Sejumlah Wang

Tikus mata duitan, itulah gelaran yang diberikan kepada seekor mamalia kecil yang telah memecah masuk ke sebuah mesin ATM dan bertindak memakan sejumlah wang di dalamnya hanya sehari selepas mesin tersebut dipenuhkan dengan wang sebelum ia ditemui mati.

Pekerja di sebuah bank di India itu berkata mesin ATM yang dimasuki tikus berkenaan sebelum ini memang tidak berfungsi sejak bulan Mei. Beranggapan mesin itu hanya kehabisan wang, tiada sesiapa yang memeriksa mesin tersebut sehingga sebulan kemudian apabila mesin itu masih gagal berfungsi.

Chandran Sharma, pengurus di bank tersebut menyatakan bahawa tiada siapa menyangka kerosakan ATM itu adalah berpunca daripada seekor tikus lapar. Apabila mesin tersebut dibuka oleh pekerja peyelenggara, mereka menemukan bangkai seekor tikus dan beberapa keping wang yang sudah koyak.

Laporan mengangarkan kerugian disebabkan duit yang rosak berjumlah antara 1.2 dan 1.3 juta Rupee India (RM76 ribu). Setelah disiasat, polis percaya bahawa tikus tersebut telah masuk ke dalam mesin ATM itu melalui lubang yang dibuat khas untuk laluan kabel.

Polis telah menyiasat kes yang jarang sekali berlaku ini bagi mengelakkan kejadian itu berulang. Namun begitu, pengurus bank berasa pelik kerana tikus tersebut tidak dikesan langsung oleh kamera litar tertutup di dalam ATM tersebut. Kebanyakan mesin ATM di India mempunyai kamera sebegitu di dalamnya bagi tujuan meningkatkan kawalan sekuriti.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca