Gara-Gara Terkejut Melihat Sayur-Sayuran, Ini Kisah Kucing Di Sebalik ‘Meme’ Yang Tular

Sekiranya anda merupakan seorang pengguna tegar media sosial, anda pasti pernah melihat gambar seorang wanita memarahi seekor kucing yang tular dalam aplikasi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

‘Woman yelling at a cat’ merupakan nama meme berkenaan dan mula tular apabila seorang pengguna Twitter iaitu MISSINGEGIRL memuat naik sebuah gambar yang menggabungkan satu gambar babak Taylor Armstrong dalam rancangan realiti ‘The Real Housewives of Beverly Hills’ dengan imej seekor kucing putih pada bulan Mei lalu.

Gambar tersebut berjaya menerima 78,900 ulang kicauan dan 276,800 sukaan dalam dua bulan.

Smudge merupakan nama yang diberikan kepada kucing berkenaan. Menurut pemiliknya iaitu Miranda, Smudge memang suka duduk di meja makan kerana ia mempunyai kerusi khas untuknya di meja tersebut. Ia akan melompat ke kerusi orang lain sekiranya tidak ada orang lain yang duduk di kerusi itu.

Kucing terbabit dilaporkan tidak menyukai sayur-sayuran. Mungkin itu punca reaksi mukanya terkejut semasa gambar yang tular itu diambil kerana terdapat sayur-sayuran di atas mejanya. Menurut Bored Panda, Smudge jarang mempunyai ekspresi keliru pada wajahnya.

Miranda berkata, “Gambar itu berlaku kerana Smudge mengambil tempat duduk orang lain. Walau bagaimanapun, saya rasakan ia tidak menyukai apa yang kami makan untuk malam berkenaan.”

Sumber: Know Your Meme

Selepas gambar kucing berkenaan menjadi tular, Smudge kini mempunyai akaun Instagramnya yang tersendiri. Selain itu, pemilik kucing berkenaan berkata Smudge tidak menjadi terkenal dalam sekelip mata.

Sebaliknya, dia sudah memuat naik gambar Smudge pada halaman Tumblr miliknya sebelum gambar itu mendapat perhatian ramai. Selepas gambar berkenaan dimuat naik di Instagram, meme itu terus menjadi tular.

Miranda berkata dia masih terkejut selepas kucingnya menjadi terkenal. Walaupun begitu, dia suka membaca komentar yang ditinggalkan di halaman Instagram kepunyaan Smudge. Apabila dia menerima pertanyaan tentang reaksi Smudge terhadap popularitinya, “Saya pasti Smudge akan menyukainya juga sekiranya ia tahu tentang popularitinya.”

Walaupun Smudge merupakan seekor kucing yang pemalu, tetapi menurut Miranda, ia boleh menjadi seekor kucing yang penyayang apabila anda mengenalinya dengan lebih mendalam. Anda boleh mengikuti akaun smudge_lord untuk melihat kehidupan seharian kucing berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca