Gara-Gara Terdapat Ketulan Di Kepala, Burung Kakak Tua Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Otak

Dalam usaha menyelamatkan nyawa spesies burung Kakak Tua yang kini dilaporkan terancam, sekumpulan doktor haiwan di New Zealand bertindak menjalankan pembedahan otak ke atas haiwan berkenaan.

Ia merupakan prosedur pembedahan pertama di dunia dalam usaha untuk menyelamatkan spesies burung terancam.

Burung berkenaan yang dikenali sebagai Espy 1B kini berada di bawah seliaan Jabatan Pemuliharaan Kakapo. Ia dipercayai menetas di Pulau Codfish di selatan New Zealand.

Setelah beberapa hari di jabatan pemuliharaan tersebut, penjaga Espy 1B mendapati terdapat ketulan luar biasa pada tengkorak burung itu.

Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan otak ke atas haiwan itu. Pembedahan tersebut menggunakan teknik sama seperti pembedahan yang dilakukan ke atas manusia dan juga mamalia lain.

Spesies yang berasal dari New Zealand dan berusia 56 hari itu diancam kepupusan gara-gara pemburuan haram, kehilangan habitat dan peningkatan bilangan pemangsa.

Menurut statistik, kini hanya terdapat 144 ekor Burung Kakapos yang hidup di seluruh dunia.

Ia disenaraikan dalam kategori merah untuk kategori spesies burung terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Konservasi Alam (IUCN).

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca