Gara-Gara Tampar Perut Polis, Guru Lelaki Ini Akhirnya Diberkas

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Seorang guru lelaki tidak semena-mena diberkas pihak berkuasa kerana bertindak menampar perut salah seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas di padang bola sepak Bandaran Lahad Datu dekat Lahad Datu.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang semalam, suspek yang berusia 54 tahun dilaporkan turut menolak anggota polis yang berpangkat Inspektor itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu iaitu Asisten Komisioner Nasri Mansor, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugas membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 20-an.

Kata Nasri, individu tersebut diburu gara-gara disyaki terlibat dalam kes pukul, pecah kereta dan curi yang disiasat mengikut Seksyen 323, 379 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya lagi, guru sekolah rendah berkenaan dilaporkan menghalang anggota polis menjalankan tugas.

“Guru lelaki itu dilaporkan menolak dan menampar perut anggota polis sebanyak dua kali tanpa sebab yang munasabah.”

“Justeru, guru terbabit ditangkap untuk tindakan lanjut lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bersama-sama suspek diburu terbabit.”

“Siasatan mendapati bahawa guru itu adalah bapa saudara suspek,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Kes guru itu disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi tentang seorang lelaki yang bertindak melepaskan ‘bom’ di hadapan muka polis. Anda boleh klik pada pautan di bawah untuk membaca artikel penuh:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca